Cara Buat Website Sendiri Yang Paling Lengkap 2020 (Step by Step)

Cara buat website sendiri untuk peniaga. Panduan yang paling lengkap untuk buat website menggunakan WordPress. Cara web designer buat website nilai RM2000++ terbuka, buat laman web sendiri kualiti profesional hanya dengan 10% budget.

Mengapa Buat Website Sendiri?

Adakah anda ingin memiliki website business anda sendiri tapi harga mengupah web designer sanggat tinggi? Di Malaysia, harga bina website biasanya mula daripada RM600+ (satu page saja) ke RM4000+ (e-commerce). Bukan sahaja itu, anda perlu membayar kos penyelenggaraan setiap tahun dan bayar untuk setiap ubahan yang anda perlukan!

Sebenarnya kebanyakan web designer membina website menggunakan software WordPress yang 100% percuma dan software ini tidak perlu apa-apa pengetahuan koding. Hanya dengan drag and drop, anda boleh buat website yang profesional! Contoh laman web WordPress yang digunakan oleh organisasi-organisasi antarabangsa: Bloomberg Professional, Walt Disney, Sony Music dan banyak lagi! Dalam blog ini, kami akan kongsi asas buat laman web menggunakan WordPress secara step by step.

Kebaikan belajar membina laman web sendiri:
✅ Tiada had page, boleh buat sebanyak halaman / landing page yang anda perlukan
✅ Kos setup yang amat rendah, hanya perlukan hosting & domain sahaja
✅ Ubah isi kandungan laman web bila-bila masa, tidak perlu bayar extra 💸
✅ Jimatkan kos penyelenggaraan setiap tahun
✅ Boleh lagi buat freelance bina website dengan ilmu ini!

contoh website wordpress

Isi Kandungan

Apakah itu Domain dan Hosting?

Untuk setup satu website, anda hanya perlukan membeli dua perkhidmatan - domain dan hosting. Biasanya masa anda beli perkhidmatan hosting, anda akan dapat satu domain percuma.

Untuk setup satu website, anda hanya perlukan membeli dua perkhidmatan - domain dan hosting. Biasanya masa anda beli perkhidmatan hosting, anda akan dapat satu domain percuma.